MENGAPA DAN KENAPA
ANDA PERLU MILIKI HARTANAH?
Ada dikalangan kita pasti berkeinginan untuk miliki hartanah. Betul kan? Tapi setiap dari kita ini mesti tertanya-tanya ‘kenapa aku perlu miliki hartanah?’, ‘untuk apa?’.
Jom, kami ingin kongsikan kepada anda mengapa dan kenapa anda perlu miliki hartanah?
1) Harga hartanah semakin mahal
Kadar peningkatan harganya boleh mencecah sehingga 20-30 peratus (%) setahun bergantung kepada lokasi. Jika orang muda masih leka, suatu hari nanti sudah semakin sukar untuk memiliki tanah atau rumah sendiri.
2) Nilai pendapatan semakin menyusut
Dengan peningkatan harga barangan, petrol dan lain-lain purata pendapatan yang tinggal untuk setiap bulan semakin menurun. Cabaran untuk pemilikan aset rumah atau tanah sendiri akan lebih besar sekiranya anda masih menunggu hari demi hari.
3) Bayaran ansuran lebih rendah
Bagi orang muda, tempoh pinjaman anda boleh dipanjangkan dan jadi bayaran ansuran pinjaman perumahan adalah lebih rendah, sekiranya anda bertindak hari ini.
4) Pinjaman mudah diluluskan
Komitmen anda sekarang mungkin masih rendah dan ini akan memudahkan anda layak memohon pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi.
5) Bina aset
Pelaburan dalam hartanah seawal usia 20an adalah langkah paling bijak. Jika dilakukan secara konsisten akan membolehkan anda membina aset yang kukuh dalam jangka masa panjang.
6) Beli tanah dan rumah dulu sebelum beli kereta
Ramai yang berlumba-lumba beli kereta setelah bekerja dan ada juga yang beli diluar kemampuan sendiri hanya kerana ingin dilihat hebat pada mata orang lain. Langkah itulah boleh menyebabkan kesukaran untuk anda mendapatkan pinjaman perumahan dengan adanya komitmen untuk membayar kereta.
Anda juga mengalami kerugian kerana kereta ada susut nilai yang signifikan. Langkah yang lebih bijak adalah dengan membeli tanah atau rumah terlebih dahulu dan sekiranya ada cashback barulah digunakan untuk beli kereta.
Dengan pembelian hartanah, anda juga dapat menambahkan sumber pendapatan AKTIF anda dengan menjadikannya BISNES. Sebagai contoh, rumah tamu,sublet, sewaan dan sebagainya. Dengan hasil pendapatan tersebutlah anda boleh menggunakannya untuk keperluan lain seperti kereta.
Hartanah juga boleh refinance setelah ianya berlaku kenaikkan harga sekiranya anda dalam kecemasan begitu memerlukan tunai.
7) Saham Akhirat
Memiliki hartanah ini boleh memberi saham akhirat anda. Contohnya hasil dari hartanah itu anda boleh sedekahkan untuk rumah anak yatim, pembinaan masjid, bayar zakat lebih banyak, bersedekah lebih banyak, membantu saudara mara kita yang memerlukan, bantu rumah orang tua yang memerlukan dan lain-lain lagi.
Beramal dari usia muda itu lebih baik.
Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk miliki hartanah, sila hubungi kami. Kami sedia membantu anda untuk miliki aset HARTANAH dengan harga mampu milik. Hubungi kami di talian 011-3718-4710
________________________________________________________________________________________________
Kembangkan perniagaan Hartanah anda dengan Kediaman RSJ kami yang sangat ringan dan berciri penuh. Pamerkan penyenaraian anda, jana petunjuk dan berurusan dengan pelanggan yang membawa perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi.